Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!

Ketahui Cara untuk Memohon Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara!


Anda berminat untuk sambung pengajian ke luar negara?. Tahu bagaimana hendak memohon?. apa syarat kelayakannya, kursus apa yang ditawarkan, universiti mana yang menawarkannya dan paling penting bagaimana hendak memohon.



Tanpa melengahkan masa lagi, kami kongsikan terus di hujung jari anda mengenai panduan dan permohonan melanjutkan pengajian ke luar negara. Ikuti tip dan langkah berikut :

#LANGKAH PERTAMA


Pilih bidang yang diminati dahulu. Anda tidak digalakkan untuk pilih universiti tetapi memilih bidang. Sekiranya ditawarkan dan belajar di universiti yang diimpikan sekali pun tetapi bukan dalam bidang yang diminati, tiada guna. Kemungkinan anda takkan boleh menyesuaikan diri dalam pengajian dan kemungkinan boleh menjejaskan keputusan akademik anda kelak. Jadi buat pilihan dengan betul.


#LANGKAH KEDUA


Selepas memilih bidang, anda perlu layari laman web UCAS. UCAS ini fungsinya seperti laman web UPU dimana ianya digunakan untuk membuat permohonan kemasukan ke majoriti universiti yang terletak di luar negara. Semua pelajar dari seluruh dunia menggunakan laman web ini untuk memohon kemasukan pengajian ke universiti luar negara.


#LANGKAH KETIGA


Selepas anda melayari portal ini, akan disediakan ruangan untuk anda membuat carian. Anda boleh membuat carian mengikut bidang yang diminati contohnya bidang forensik. Kemudian akan terpapar senarai semua kursus berkaitan forensik berserta dengan universiti yang menawarkannya.


#LANGKAH KEEMPAT


Selepas mengetahui kursus yang ditawarkan, spesifikkan carian dengan klik di bahagian kiri (lihat contoh dalam gambar). Kemudian akan terpapar kursus berdasarkan carian spesifik tersebut.


#LANGKAH KELIMA


Kemudian, semak satu persatu kursus yang ditawarkan atau boleh memilih yang mana menjadi pilihan hati. Apabila anda klik, akan terpapar informasi berkaitan kursus tersebut iaitu kenapa anda perlu belajar kursus ini, lokasi, tarikh permohonan dibuka serta info secara ringkas mengenai kursus yang ditawarkan seperti peluang kerjaya di masa hadapan dan sebagainya.


#LANGKAH KEENAM


Selepas itu, semak syarat kelayakan yang diperlukan. Anda boleh lihat kelulusan apa yang melayakkan anda diterima untuk kemasukan ke universiti tersebut dan kebiasaanya seperti yang kami sering katakan untuk ke luar negara syarat kelayakan paling mudah adalah apabila anda memiliki sijil A-Level atau International Baccalaureate. Untuk pelajar lepasan SPM 2016 masih belum terlambat jika hendak mengikuti pengajian pra universiti dalam A-Level atau International Baccalaureate. Klik setiap kelayakan dan semak sama ada anda memenuhi syarat atau sebaliknya.



#LANGKAH KETUJUH


Anda juga boleh menyemak berapakah yuran bagi pengajian kursus tersebut. Berapakah jumlahnya. Jika menerima biasiswa nanti adakah biasiswa tersebut mampu menampung kos sepanjang pengajian dan sebagainya.


#LANGKAH TERAKHIR


Tip terakhir adalah bagaimana untuk memohon, akan ada tarikh yang spesifik dinyatakan. Anda boleh semak sama ada ianya masih dibuka atau sudahpun ditutup. Jika ditutup buatllah semakan kursus yang lain pula.


Comments